Note emry :
1. Kome memang baik kalau sudi KOMEN entri
2. Kome sangat baek kalau sudi FOLLOW Blogberry Emry
3. Kome memang antara yang terbaik kalau sudi klik IKLAN... TAPI....
4. Kome tersangat sporting kalau sudi klik LIKE pada fanpage Blogberry Emry sbgai tanda sokongan pd emry.
Memandangkan exam pun dah selesai minggu lepas..jadi emry dapatlah enjoy selama 3 hari sebelum bermula belajar subjek baru. Hampir separuh hari jugak la jalan-jalan Jakarta tu besar kan..tambah2 lagi kalau guna pengangkutan awamnya yang slow tu sudah pasti le tak mungkin dapat jalan ke semua tempat dalam masa sehari. Dah nak bengkok dah kaki ni dok jalan je kejenya huk3..[so hiperbola]
Kali ini emry bersama member-member Universitas Trisakti (Usakti) pergi ke satu tempat yang dipanggil Senin, Jakarta Pusat. Ekceli Jakarta sendiri terbahagi kepada 5 daerah, yaitu Jakarta Utara, Selatan, Timur, Barat dan Pusat. Tak nak besarlah kan...?
Di Senin ini sebenarnya terdapat banyak kedai-kedai buku rujukan dan juga buku agama. Tempat ni dah macam pusat menjual & mengedar baik buku original dan juga pirate. Ok mestilah emry nak cerita tentang kedai buku pirate ni. Apa yang bestnya? Sebenarnya kalau versi buku-buku original baik buku rujukan maupun buku keagamaan sudah pasti harganya akan mahal berlipat kali ganda kan? Jadi kebanyakan pelajar akan datang ke Senin untuk mencari buku-buku versi pirate yang mereka inginkan. Tanpa memikirkan kualiti buku, kebanyakan buku dijual dengan harga yang berkali lipat murah dengan kandungan bukunya yang sama persis dengan buku original.
Di kedai buku yang akan emry pergi ini menjual pelbagai buku keagamaan yang berkaitan Islam. Bagi you guys yang ingin mempelajari Islam lebih mendalam, emry sarankan datang ke kedai buku ni sebab ada banyak koleksi buku-buku bermula dari tentang ibadat, fiqh, hadis hinggalah kepada sirah nabawiyah. Selain itu, banyak juga kitab-kitab Al-quran dijual secara per jus dan ada juga tafsir Al-Quran per kata.
So memandangkan bulan Ramadhan semakin tiba, emry beli lah satu Al-Quran beserta tafsir dan tajwid. Jadi nanti mudahlah emry belajar baca Al-Quran dengan betul.
Lepas tu emry pergi ke kedai bajakan (pirate) selanjutnya....kedai ni memang jual semua buku-buku rujukan...kat sini semua ada dari tahun 1980-an sampai lah yang terbaru...hebat kan? hak3...
Yang penting you guys kena pandai nego...kalau tak memang kene tipu bulat-bulat..tambah-tambah kalau diorang tau you all orang luar (orang Malaysia).
Lepas tu emry singgah pula satu toko buku yang memang terkenal darah Senin ni, yaitu Toko Wali Songo. Apa tu Wali Songo?? Nak tau baca sendiri kat sini.
Toko Wali Songo ini merupakan kedai buku yang menjual segala buku berkaitan agama Islam versi original. So paham-paham la kan harga original macam mana kan? Oh tak lupa juga di Toko Wali Songo ini ada menawarkan perkhidmatan berbekam. Uniknya, para pelanggan hanya diminta membayar upah berbekam seikhlasnya tanpa ada ketetapan harga. Kalau kat Malaysia memang takda kot kedai-kedai macam ni..apatah lagi kedai bajakan (pirate)..jangan harap lah...kalau ada pun mesti mahal berganda-ganda....jadi kalau you guys datang Indonesia jangan lupa singgah Senin ok? 15 minit je dari Tanah Abang.
Sebelum balik emry lepak dulu kat kedai makan tepi jalan. Emry makan batagor sebagai pengalas perut..lapar pulak hehe...Batagor ni kalau tak silap emry di Malaysia orang panggil pasemboq...sebab kuah dia mirip pasemboq lah kot..
bestnyer kalau dpt ke kedai2 ni semua.. sure berjam2 la melepak kat situ.. hahaha
wah..excited tgk buku2 tu..klu blh, sy nak buku mcm tu..bt rak dalam rumha;D