Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Sama Tapi Tak Serupa?



Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger


Semalam ronda-ronda dalam Taman Google, emry terjumpalah satu logo sekolah yang mirip dengan sekolah lama emry dari entri blog Brader Mazidul. Mula-mula rasa macam kenal je logo tu....paling jelas bila emry tengok ada gambar tanah semenanjung, ditambah dengan perkataan " Ilmu Panduan Hidup" yang diubah suai kedudukannya sahaja. Lalu untuk mendapatkan kepastian lebih lanjut, emry cubalah minta pertolongan mbah Google untuk menyelidik kewujudan sekolah ini. Dan inilah hasil yang emry dapat. Ternyata SK Slim Village ini memang wujud dan terletak di daerah Batang Padang, Perak


SK Slim Village, Slim River   Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 

Laman web rasmi SK Slim Village : http://sksv0029.blogspot.com
Laman web rasmi STAR, Ipoh      : http://www.staripoh.com


Kalau STAR, ditubuhkan pada 2 Januari 1957, kalau SKSV sayang sekali kerana emry masih berlum berjaya mencari maklumat SKSV ini secara lebih terperinci. 

Menciplak idea logo milik orang lain secara umumnya mungkin bersifat plagiarisme namun mungkin dalam hal ini tidak ada yang menyedari atau mungkin sudah lama disedari tapi dibiarkan saja. Tidak seperti di negara tetangga kita yang begitu lantang lagi dalam hal klaim-mengklaim ini.

Apapun jika ternyata benar SKSV mengubahsuai logo sekolahnya dari logo sekolah STAR, ucapan tahniah emry kalungkan kepada STAR kerana berjaya menjadi sumber inspirasi kepada sekolah lain untuk sama-sama memperoleh pencapaian setaraf STAR dalam pelbagai bidang baik akademik atau kokurikulum.


Read more

Polis Pengganas, Mahasiswa Mengganas (P2M2)


Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger

Pagi tahun baru ini seharusnya menjadi pagi yang ceria dan hening bagi semua orang ye tak? Tapi sayang sekali bila terbaca di newsfeed Facebook beberapa sahabat yang agak annoying....Ughh...cammon la...awal tahun baru nak start korang dah berdemo...takda matlamat hidup langsung! Tambah memalukan, para pendemo (mahasiswa) ni semuanya orang Melayu.....

Baru nak happy pagi ni main game Cityville, tiba-tiba terbaca pula berita & gambar 'menyayat hati'....


"Shah Alam - Lebih daripada 10 mahasiswa ditangkap polis termasuk Adam Adli & Syukri Razab dlm Himpunan di UPSI. Manakala dua org mahasiswa cedera parah dibelasah polis termasuk Pengerusi BEBAS, Safwan Anang. Beliau kini kritikal di hospital Tg Malim."













Pesan emry pada para pendemo, 


Korang memang layak berdemo pada kerajaan kalau :

1) Mahasiswa first-class degree yang menjadi top 10 student in Malaysia.....(paling koman top 1000 lah) bhai....ini apa pun takda...nak berdemo....betullah orang cakap, "Tin kosong lebih kuat berbunyi dari 
tin yang penuh" 

2) Selama 3 or 4 tahun belajar di Universiti kerajaan (baca), korang tak makan satu sen pun dari duit rakyat (PTPTN). 

3) Nekad dengan sepenuh jiwa & raga, sampai mati korang takkan bekerja/berkhidmat dengan kerajaan.



Then bila korang dah memenuhi ketentuan di atas, ya silakan berdemo.....ada aku kesah? kaaannnn...

Tapi dari korang buang waktu berdemo tak tentu hala....baik dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus....
(korang yg berdemo ni mesti geng-geng yg pergi konsert ambang 2012).





Celoteh emry : Kadang-kadang menyampah juga baca status FB beberapa sahabat yang terlalu taksub dengan perjuangan yang tidak ada hala tuju yang jelas. 


Read more

Happy New Year !!!


Assalamualaikum & a very pleasant morning


Tik...Tik...Tik...Tik...Dang....Dang..Dang...(9x)




HAPPY NEW YEAR 2012!! 






Let's celebrate mankind's final year...LoL



Hopefully for this year I could :

1) Buy a brand new Blackberry handphone (no more secondhand).
2) Proceed to clinical year within year 2012 without any hitch especially (the hitch) from my 'beloved' university.

Pray for me guys!

Read more

Wordless Wednesday #4 : Apex dan Motor



Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)



Apek tengah belajar skill terbaru untuk menangkap bola 
waktu menunggang motosikal

Read more

Pandainya...!!!


Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)


Video di bawah ini dirakam oleh ayah (Arab : Baba) tentang anak nya yang sangat kuat daya ingatannya. Si anak dikehendaki menyatakan nama-nama ibu kota beberapa negara di rantau Timur Tengah. Hebatnya, si anak telah berjaya menjawab kesemuanya kecuali pada satu negara. Ingin tau negara yang mana? Saksikan video di bawah ini.



Read more

Kanak-kanak Perempuan Berusia 2 Tahun Digilis Hidup-Hidup


Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)


Semakin kita menuju ke dunia serba moden, sudah pastinya kualiti hidup masyarakat menjadi semakin baik. Namun sayangnya, dalam dunia yang serba maju kini, nilai kemanusiaan sesama manusia kini tampaknya sudah semakin pupus hingga kadangkala kita sering alpa dengan apa yang terjadi di persekitaran sekeliling kita.





Video di bawah ini menggambarkan betapa "ego" nya manusia dalam mengejar duniawi sehingga kemalangan yang berlaku di hadapan mata juga tidak disedari atau malah lebih hina lagi apabila berpura-pura tidak melihat. Kemalangan yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 2 tahun (Yueyue), terjadi di Pasar Guangfo, daerah Guangqi digilis oleh 2 buah kenderaan sehingga mennyebabkan kank-kanak tersebut cedera parah.

Sebanyak 17 saksi yang melalui jalan tersebut juga tidak mahu Yueyue sehingga seorang pengutip sampah yang kebetulan lalu di situ akhirnya membantu mengalihkan kanak-kanak itu ke pinggir jalan. Hal ini disebabkan oleh undang-undang berprofil tinggi negara China yang menjatuhkan hukuman denda yang berat kepada si pesalah walaupun dengan niat untuk membantu. Oleh sebab itu, kebanyakan rakyat China teragak-agak untuk membantu mana-mana individu yang berada dalam keadaan darurat/kecemasan karena takut dipersalahkan.

Kejamnya manusia...!!!





UPDATE : Yueyue telah dilaporkan meninggal dunia.


Read more

Rusuhan di Jalan Arjuna Utara


Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)

Tahukah apa itu demonstrasi? Jika di Malaysia pernah popular suatu ketika dulu dengan demonstrasi Bersih 2.0, ahhaa..di Indonesia juga ada. Tapi, uniknya demonstrasi boleh dikatakan satu hal yang normal setiap hari di sini. Semalam, satu tunjuk perasaan telah diadakan oleh warga setinggan yang hampir semua nya adalah para pemulung (pemungut sampah) berhampiran kampus II UKRIDA, Jakarta Barat Indonesia yang mana menempatkan beratus orang pelajar Malaysia. Tunjuk perasaan tersebut yang pada awalnya disangkakan sebagai tunjuk perasaan anti-Malaysia telah diadakan sebagai tanda protes terhadap pihak tertentu yang bertindak mengusir para setinggan keluar dari rumah masing-masing. Hasilnya, inilah yang tindakan yang telah dilakukan oleh mereka :



sebuah bas metromini dan tiga buah motosikal dibakar



 pihak polis cuba menenangkan para demostran 
yg dipercayai golongan preman (penjahat)






 4 orang polis keamanan lengkap dengan senapang laras panjang
 yg ditugaskan untuk mengiringi para demostran


 rangka bus yang dibakar (side view)



 rangka bas yang dibakar (back view)














Gambar ehsan dari pelajar UKRIDA


Celoteh Emry : Patutnya hari Jumaat pergi solat Jumaat...bukan merusuh........masyarakat......






Read more

Superman Filipina


Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)

Lama tak menulis blog rasanya..hi3...so hari ni emry nak kongsi kan dengan korang semua tentang kisah seorang lelaki warga Filipina yang menukarkan dirinya (err bukan transgender ye!) menjadi hero terkemuka - Superman! Tapi sayangnya dia tak boleh terbang lah ye...

 wajah Herbert Chavez sebelum (kiri) & sesudah menjalani bedah plastik
pada hidung, bibir, pipi dan dagunya. Beliau juga melakukan proses pengelupasan 
kulituntuk mendapatkan warna kulit yang putih. Perkara yang sama pernah
dilakukan oleh raja pop dunia, Michael Jackson.







Chavez memegang gambarnya yang ketika berusia 16 tahun






Koleksi milik Chavez yang hampir semuanya bertemakan Superman ditempatkan 
dalam rumahnya di kawasan Calamba Laguna, Selatan Manila





Chavez bergambar bersama anak-anak kecil yang turut 
meminati watak Superman









Chavez (yg paling pendek) tampak gagah berdiri di samping
dua patung Superman. Beliau juga mempunyai 2 kedai yang menjual
kostum & perhiasan Superman







Beliau juga mengatakan dirinya boleh menjadi pengajar 
untuk latihanala Superman 
(tak pasti sama ada latihan terbang atau latihan memakai seluar dalam di luar )





Lihatlah betapa banyaknya koleksi barang bersimbol "S"







Chavez menunjukkan buku katalog yang berisi 
pelbagai gambar kostum Superman





Buku cerita Superman pun ada...Singkatnya, macam-macam ada!



Celoteh Emry :

Memang besar pengaruh Superman dalam hidup masyarakat dunia sehinggakan ada yang sanggup mengorbankan rupa paras asal menjadi Superman! Tapi dalam kes di atas, ada baiknya beliau mengubah wajah asalnya, bandingkan saja wajah ketika umur 16 tahun dengan wajahnya sekarang. Banyak beza kan? Makin macho tu....

Read more

Steve Jobs Berketurunan Muslim...???

Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)











Hari ini dunia dikejutkan dengan kematian seorang genius, Steve Jobs. Dunia hari ini telah kehilangan seorang genius dan pereka cipta yang banyak mengubah kehidupan dunia. Hasil rekacipta Steve Jobs sememangnya terlalu hebat dan sentiasa dikagumi.

Usia muda Steve Jobs tidak menggambarkan kecemerlangannya bersama syarikat yang dibinanya sendiri, Apple. Pada zaman persekolahannya, beliau seorang murid yang malas. Cikgunya terpaksa 'mengupahnya' dengan gula-gula dan $5 supaya beliau belajar.

Dan mungkin ada beberapa perkara lagi yang jarang-jarang kita tahu tentang Steve Jobs. Ramai di antara kita tahu produk-produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome, dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?














Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs mempunyai 'otak cekang', bak kata orang utara.

Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang 'workaholic' atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan? Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.

Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs! Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan dididik dalam suasana yang tidak Islami.

Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan, al-Jazari, dan sebagainya.












Celoteh Emry : Lepas ni tubuhkan jenama Durian lak...macam gempak jer kan...logo ni



Sumber



Hentam jangan tak hentam !










Jika tak kesah, jom join Blogberry Emry banyak info terbaru di sini.








Read more

Wordless Wednesday #3 : Lawak Sperma


Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)





Hentam jangan tak hentam !











 Jika tak kesah, jom join Blogberry Emry banyak info terbaru di sini.










Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!