Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

<< Sweeping Activity >>











30 Menit Sweeping Warga Malaysia yang Menegangkan


Jakarta - Sweeping warga Malaysia berlangsung singkat. Hanya 30 menit dari 60 menit yang direncanakan. Tetapi suasana yang terbangun cukup menegangkan.

Pengendara yang melintas langsung berubah air muka. Yang biasanya santai tiba-tiba tegang karena melihat aksi demo menutup jalan dan memegang bambu runcing ditangan. Tiap pengendara langsung ditanyakan KTP atau identitas lain.

"Untung kita asli Indonesia. Ganyang Malaysia," ucap pengendara memberi semangat di Posko Ganyang Malaysia, Jl Diponegoro No.58, Jakarta, Selasa, (8/9/209).

Polisi yang bertugas segera menutup jalan Diponegoro. Arus kendaraan dari Proklamasi dialihkan ke Cikini dan Jl Surabaya. Antisipasi ini untuk mengurangi kemacetan akibat sweeping tersebut.

Namun para relawan ganyang Malaysia tersebut hanya bertahan di depan posko. Mereka tidak beranjak untuk maju ke pertigaan pengalihan arus (depan bioskop Metropole) yang dijaga puluhan polisi. Pendemo hanya berorasi dan menyanyikan lagu perjuangan. Pukul 12.45 WIB arus kendaraan kembali normal saat pendemo sweeping membubarkan diri.


__________________________________________________________________________

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing


JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.


Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.


Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.
- Bernama




Admin : Selepas ini apa pula yang akan dilakukan x tahu lah. Rasanya kami ini bukan Belanda yang suatu ketika dulu mereka guna buluh runcing diracuni dengan sulfur untuk halau. Niat kita datang belajar tapi begini pula layanan mereka ya? Seharusnya kerajaan Malaysia tidak mengambil enteng hal ini kerana melibatkan keselamatan rakyat malaysia di sini. Agaknya mungkin setelah gempa bumi dahsyat melanda baru mereka nak sedar kalee supaya tidak bermusuhan sesama rumpun. Marilah kita sama2 berdoa supaya keadaan ini tidak berlarutan agar tidak terjadi sebarang kecelakaan kepada rakyat Malaysia yang berada di Indonesia.



Posted by,
x'emriust



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!