Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)
Note emry :
1. Kome memang baik kalau sudi KOMEN entri
2. Kome sangat baek kalau sudi FOLLOW Blogberry Emry
3. Kome memang antara yang terbaik kalau sudi klik IKLAN... TAPI....
4. Kome tersangat sporting kalau sudi klik LIKE pada fanpage Blogberry Emry sbgai tanda sokongan pd emry.
Tatkala memandang wajah pesonaliti popular ini, pasti sejuk mata kita memandang. Personaliti yang emry maksudkan adalah Sham Kamikaze atau nama sebenarnya, Shamrel Mohamed Salleh. Pasti ramai di antara kita yang belum tahu tentang perubahan Sham ini bukanlah atas paksaan ibunya maupun isterinya, sebaliknya adalah hidayah yang diberikan Allah kepada beliau berkat doa isterinya, Faradila yang tidak putus-putus menadah doa buat sang suaminya sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci.
Malah, perubahan yang berlaku kepada diri Sham juga telah didahului oleh pelbagai peristiwa yang memberikan kesan mendalam kepada dirinya hingga membawa dirinya kembali kepada Sang Maha Pencipta. Di samping itu, isterinya juga turut melakukan penghijrahan terlebih dahulu sebelum Sham. namun di saat itu, isterinya tidak memaksa Sham untuk turut berhijrah memandangkan Sham masih belum terbuka pintu hatinya.
Faradila & Sham dahulu :
Faradila & Sham sekarang :
Info Sham Salleh :
Sham, Farazila lebih tenang, berubah demi kebaikan, petunjuk Esa
RAMAI orang bercakap mengenai perubahan diri komposer dan pemuzik, Shamril Mohamed Salleh atau lebih popular sebagai, Sham Kamikaze sejak beberapa bulan lalu. Jika orang ramai terkejut, rupa-rupanya Sham juga terperanjat dengan reaksi orang ramai terutama kelompok peminatnya. Ini kerana secara tiba-tiba namanya menjadi sebutan ramai - baik di kalangan penggiat industri hiburan dan kelompok masyarakat lain yang mengikuti perkembangan empunya diri ini.
Segala-galanya bertitik tolak daripada pertemuannya dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman as-Sudais yang ternyata memberi kesan mendalam kepada dirinya hingga membawa kepada perubahan hakiki seperti yang dilihat hari ini.

“Perubahan yang berlaku ke atas diri saya ibarat bom jangka. Bukan saja memberi kebaikan kepada diri sendiri, malah saya kini mampu memberi dorongan dan semangat kepada masyarakat luar.
“Inilah yang selalu dikatakan, hijrah dalam kehidupan bukan hanya untuk diri sendiri tapi ia memberi juga sinar kepada semua orang sekeliling kita,” katanya dalam sesi temuramah dan fotografi bersama Inspirasi di studio Balai Berita, minggu lalu. Pada sesi itu, Sham ditemani isteri tersayang, Farazila Abdul Jabar yang sporting memberi pelbagai aksi bersama suami di hadapan lensa jurugambar Khairunisah Lokman.
Sham berkata, jika difikirkan secara logik akal, perubahan dirinya ini berkat doa keluarga dan isteri yang tidak pernah henti mendoakan agar dirinya berubah ke arah kebaikan.
Ini kerana, tidak berapa lama selepas isteri dan ibu bapanya pulang dari mengerjakan umrah, Sham mula merasakan perubahan dalam dirinya. Menurutnya, perubahan yang terjadi pada dirinya datang dari hati. Dalam membuat sesuatu keputusan kita perlu istiqamah dan tidak mudah berputus asa kerana syaitan memang diutuskan untuk menyesatkan manusia. Beliau juga mengatakan bahwa dirinya juga masih banyak lagi perlu mendalami dan belajar mengenai ilmu agama. Beliau kini banyak mengikuti kelas agama, baca kitab dan tafsir al-Quran. Perubahan beliau juga bukan kerana trend, sebaliknya adalah hidayah terbesar yang diberikan Allah kepada hamba-Nya.
Sham yang kini sibuk mendalami dan memperbaiki ilmu agama menyatakan, jika diberi hidayah Allah kepada hamba-Nya, setiap perkara yang dilakukan akan menjadi senang.
Akui Sham, ketika zaman muda, segala-galanya ingin dicubanya. Malah, jika orang melihat caranya berpakaian, mungkin ada yang mengucap panjang. Aksesori mengalahkan wanita, malah di rumah, beliau menyediakan tempat simpanan khas untuk aksesori.
Malah solat yang dilakukan hanyalah sebagai syarat dan jika terlepas, ia dibiarkan berlalu tanpa rasa sesal. Namun, kini Sham mengakui, jika terlewat sedikit pun dalam menunaikan solat, beliau akan berasa bersalah dan menyesal.
Kata Sham, bukanlah bermaksud ingin menunjukkan diri alim, tapi inilah perasaan yang sering muncul tatkala tidak menunaikan perintah Allah.
“Saya memanjat rasa syukur kerana Tuhan memberikan hidayah ketika saya masih muda. Masih sihat dan senang, bukan ketika saya dihimpit kesusahan. Saya sedar jika Allah SAW mahu memberikan petunjuk, Dia tidak kira siapa dan di mana.
“Aktiviti saya juga berbeza sekarang. Dulu, sentiasa sibuk membuat rakaman, menggubah lagu dan bermain gitar, kini aktiviti saya banyak dihabiskan di masjid dan surau di seluruh negara,” katanya.
Ini kerana Sham banyak menerima undangan menyampaikan ceramah dan motivasi mengenai perubahan drastik yang berlaku ke atas dirinya.
“Ada yang bertanya kepada saya, sudah cukupkah ilmu di dada untuk memberi ceramah. Tapi saya tegaskan, saya bukan memberi ceramah agama tapi lebih kepada berkongsi pengalaman dan motivasi diri.
“Malah ramai yang menjemput saya kerana mereka merasakan kehadiran saya mampu menarik minat golongan remaja berkunjung ke surau dan masjid sekali gus mengimarahkan lagi majlis,” katanya.
Kehadiran Ramadan kali ini sangat dinantikan Sham kerana jika selama ini pengertian Ramadan pada dirinya hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata, kali ini beliau ingin menghayati pengertian bulan Ramadan dan kelebihannya. Sehubungan itu, banyak masa dihabiskan di surau dan masjid kerana menerima undangan memberikan ceramah dan jemputan berbuka puasa.
“Boleh dikatakan kami jarang berbuka puasa di rumah. Jika ada pun hanya bersahur itu pun bergantung kepada keadaan. Mujur isteri saya memahami dan jika undangan sekitar Lembah Klang dan Selangor, saya akan membawa isteri saya bersama.
“Jika jauh dan memerlukan masa beberapa hari, saya tidak membawa isteri kerana rumah tangga juga perlu dijaga dan jika kami berdua keluar, khuatir rumah tidak terjaga pula,” katanya.
Jom komen :)
Click RECOMMEND untuk share kepada kawan-kawan kome tentang entri emry kali ini......
Jika tak kesah, jom join --> Blogberry Emry banyak info terbaru di sini
- Pernah menjadi pemain gitar utama dalam kumpulan Kamikaze
- Aktif sebagai komposer, pengarah muzik dan penerbit
- Pensyarah muzik di Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA)
- 4 bulan berhijrah ke arah kebaikan
- Pernah menjadi pengkritik dan tenaga pengajar di rancangan realiti Akademi Fantasia (AF).
- Mula belajar bermain gitar pada usia 12 tahun sebelum menubuhkan kumpulan muziknya sendiri pada usia 14 tahun.
- Dikenali sebagai salah seorang pemain gitar handalan di negara kita.
- Kerjaya kini sebagai pendakwah, memberi motivasi selain banyak terbabit dalam penerbitan lagu berunsur dakwah.