Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Biasiswa Nasional

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.

Mengumumkan perkara itu malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

‘‘Kerajaan akan umumkan tahun depan (dan bukannya tahun ini), lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) baru sahaja mengumumkan had subjek yang perlu diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (10 subjek).

‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.



Admin :

Nampaknya kebolehan orang Melayu semakin dicabar.Orang Melayu akan terpaksa berusaha lebih keras untuk dapatkan biasiswa kerajaan. Dalam hal ini suatu kaum lagi pula akan bergembira kerana peluang mereka untuk dapat biasiswa semakin mudah kerana tidak ada lagi sistem kuota yang membantu orang Melayu dan bumiputera. Tinggal lah MARA sahaja yang betul-betul meneruskan agenda membantu orang Melayu. Dengan sumber kewangan yang semakin berkurangan MARA semakin sukar membantu semua orang Melayu. Apakah untuk menjaga hati sesuatu kaum, hak Melayu terpaksa dipertaruhkan? Atau hanya untuk memperoleh undi kaum tersebut agar dapat terus memerintah pada PRU13? Sebenarnya undi Melayulah yang paling berpengaruh....lihat sahaja separuh dari undi Melayu sudah beralih arah.




2 Responses so far.

  1. IMANSHAH says:

    lagu2 indon je..haha..apapun DS Najib tak der pilihan.Perlu amek hati kaum2 lain jika nak terus berkuasa..Entahlah, apa nak jadi ngan budak2 star yang masih terus dilambung mimpi2 yang indah!!

  2. DREM says:

    hahaha bdak2 star dilambung mimpi indah? mimpi indah tu la membuat kan mereka berjaya kadang2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!