Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

~ Angan-angan si Manoharan ~


Manoharan gembira hadiri sidang dewan, kurang senang Speaker bersongkok


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi Kota Alam Shah, M Manoharan hari ini muncul buat pertama kali pada persidangan Dewan negeri selepas dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mei lalu berkata, beliau gembira dan teruja untuk memainkan peranan sebagai wakil rakyat.

Bagaimanapun, beliau kurang senang melihat rakannya yang juga Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) memakai songkok ketika menjalankan tugasnya pada persidangan itu.

"Saya tengok Tuan Speaker (Teng Chang Khim) memakai songkok. Saya tidak bersetuju... kita berjuang atas prinsip bahawa kita tidak akan memakai songkok kerana tidak diiktiraf sebagai Bumiputera," katanya di luar daripada hari pertama persidangan dewan di sini hari ini.

Katanya, beliau sendiri terkejut melihat Teng memakai songkok tetapi beliau tahu beliau (Teng) sudah memakainya dalam persidangan dewan melalui berita yang didengarnya.

Katanya, beliau tidak berapa gembira dengan pemakaian songkok kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status Bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan yang berbeza.

"Saya sudah mengadakan pertemuan tertutup dengan Speaker, saya ingin membangkitkan perkara itu pada waktu yang sesuai (dalam persidangan).

“Dengan Perdana Menteri serius dengan konsep 1Malaysia, beliau patut menimbang memberikan status Bumiputera kepada bukan Melayu," katanya.

"Teng Chang Khim bersetuju untuk memakai songkok demi negara dan demi perpaduan. Jadi kerajaan persekutuan perlu berikan status Bumiputera kepada bukan Melayu kerana jika kita mahu 1Malaysia tercapai, ini adalah cara penyelesaian terbaik," katanya.

Manoharan berkata, jika bukan Melayu diberikan status Bumiputera, beliau akan menjadi orang pertama memakai songkok dan Baju Melayu kerana ia bukan pakaian keagamaan tetapi pakaian kebangsaan.

Katanya, semua rakyat Malaysia perlu berbangga memakai pakaian kebangsaan tetapi buat masa sekarang bukan Melayu tidak berasa bangga untuk memakainya kerana mereka tidak dilayan sebagai Bumiputera.

"Saya tidak akan gunakannya sehingga saya diberi status Bumiputera," katanya.

Katanya, status Bumiputera perlu diberi kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. - Bernama


admin :

Agaknya lah apa lagi ya yang dimahukan oleh bangsa 'bukan bumiputera' ini..mintak tanah diberi tanah (999 tahun tuh lupa?), mintak sekolah cina, tamil kita beri, mintak jawatan dalam kabinet lebih kita kasi, minta jadi BUMIPUTERA...ooww no..no..no tak mungkin dapat sebab taraf Bumiputera itu hanya milik orang Melayu dan bumiputera Sabah, Sarawak. Orang Melayu rasanya masih belum terlalu bodoh untuk begitu mudah memberi taraf Bumiputera pada bangsa 'bukan Bumiputera' ini kerana jika 'mereka' ini sudah memperoleh taraf Bumiputera, pasti segala hak yang memang bukan milik mereka menjadi milik mereka, contohnya dalam aspek kuota ekonomi, pelajaran, pemberian tanah dan sebagainya. Paling memburukkan nanti apabila UiTM (Universiti Teknologi Mara) yang dibina khas buat membantu Bumiputera akan mula dipenuhi oleh bangsa 'bukan Bumiputera' ini. Pada akhirnya yang rugi hanya lah orang Melayu yang mengemis di negara sendiri. Itu lah muslihat sebenar yang tersirat dalam rencana mereka dalam menghakis hak orang Melayu dan Bumiputera bak kata pepatah Melayu "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Oleh itu orang Melayu harus lah bangkit dan sedar akan hakikat ini dan bukannya masih lena dibuai mimpi. Pemimpin-pemimpin kita di atas sana tidak akan mampu bertahan tanpa sokongan dan perpaduan orang Melayu. Cuma masih tertanya-tanya apakah signifikan si Manoharan ini berkata , "jika bukan Melayu diberikan status Bumiputera, beliau akan menjadi orang pertama memakai songkok dan Baju Melayu kerana ia bukan pakaian keagamaan tetapi pakaian kebangsaan." (Kata-kata itu hanya berunsur provokasi yang kononnya hendak menjadi orang pertama memakai baju Melayu dan songkok walhal semua itu tidak perlu kerana jika sekadar memakai di dalam dewan persidangan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kononnya memakai pakaian kebangsaan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!