P/s :
Sempena menyambut hari raya yang akan menjelma tiba, aku ucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin...semoga hari raya kali ini membawa 1001 kebahagiaan dalam menyambut kemenangan umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Namun jalan dilupakan pada yang sudah tiada dan pada teman2 kita yang fakir miskin di luar sana.
Setelah setahun tidak beraya di Malaysia, akhirnya pada tahun ini aku akan pulang ke Malaysia merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. nantikan kepulangan anakmu pada 19/09 MH726 jam 0505
posted by :
x'emriust
Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih