Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

## Antara Batch '09, SBY, Generasi '08 dan (dot) (dot) (dot) ##


Sebelum memulakan perbicaraan, izinkan saya memberi sedikit peringatan kepada yang hendak membaca post di bawah ini. Bagi yang tidak menyenangi post ini sila tingglkan komen di bawah tanpa perlu menge'ban' saya atau sebagainya. Be a professional person. Post berikut tidak mengandung unsur tokok tambah atau fitnah sebaliknya hanyalah merupakan suatu luahan hati seorang insan yang meniti hari-harinya di dunia perantauan tanpa ada tempat bergantung.

Beberapa hari lagi akan dianjurkan suatu program yang menjadi turun teurun setiap batch di UKRIDA yaitu, SBY (santai bareng yok!!)...apa pun saya tidak tahu menahu tentang atur cara program sebab x terlibat 100% dalam program ini. Jika dipandang dari sudut penganjuran pelajar local UKRIDA, SBY bermaksud Santai Bersama Yesus. Jadi apa-apa pun itu hak penganjur untuk menggunakan apa-apa saja singkatan seperti SBY dan seumpamanya. Saya tidak mahu ulas lebih lanjut supaya x dikatakan menimbulkan perkara yang buat orang 'hot'.

Cuma SBY 08 kali ini ada perbezaan sedikit dari tahun-tahun yang lepas kerana diadakan di kampus 2 dan juga tennis court kerana sebelum-sebelum ini hanya diadakan di kampus 2 UKRIDA. Mungkin kelainan yang mereka cuba ditonjolkan dari penganjuran batch-batch sebelumnya.

Post kali ini apa yang ingin saya bicarakan adalah tentang semangat saya untuk turut serta dalam program ini pada awalnya kerana sebelum ini saya pernah menjadi Facilitator dalam menguruskan dari urusan pendaftran dan juga urusan aktiviti kelompok. Mungkin tampak mudah sahaja untuk dibicarakan tapi sebenarnya untuk menjadi seorang Facilitator yang berjaya menarik minat anggota kelompok yang dipimpin, perkara sedemikian amatlah susah kerana memerlukan komitmen dan juga keupayaan untuk berkomunikasi dengan setiap anggota kelompok dengan berusaha menugkil bakat mereka dan melatih mereka untuk menjadi lebih aktif.

Berbekalkan pengalaman tersebut saya dengan penuh semangatnya menyatakan ingin turut serta dalam program SBY tersebut dan jika boleh ingin juga saya conduct satu session tapi apakan daya suara saya ini hanya sekecil zarah yang tidak mampu menggegarkan dunia yang Maha luas ini. Jadi saya mengambil keputusan hanya mengajukan kepad pihak penganjur tentang mainan yang bukan sahaja mengasah minda tetapi juga junior-junior 09 ini pasti akan lebih teruja dan memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakan program SBY tersebut. Namun sekali lagi kesemua cadangan aku itu tidak diterima....HAMPA....tidak apa lah...mungkin idea saya ini ketinggalan zaman bagi pihak pengajur. Saya terima seadanya dengan keputusan mereka. Siapalah saya ini pada mata mereka yang tidak penting pun rasanya dalam kalangan ahli batch...yang mungkin hanya berguna bagi mereka bila nak Remedial sahaja.....

Kadang-kadang saya tidak tahu apalah yang tidak kena pada diri saya ini sampai segala yang buruk itu jelas terpancar di mata mereka sedangkan yang baik itu bak kuman untuk dicari. Sering kali saya menanyakan diri ini apakah diri saya ini sungguh naif lagi hina sehingga tidak ada sesiapa pun yang seikhlasnya mau berkawan dengan diri ini....Kadang kala saya terfikir juga apakah benar pilihan saya untuk datang ke sini...Mungkin saya datang sini kerana mahu melihat kedua orang tuaku gembira dan tidak menghampakan mereka dengan menolak tawaran MARA walhal ketika itu saya sudah sebulan di UiTM kos Chemical Engineering Process.

Seperkara lagi dalam menjayakan program SBY ini saya cuba untuk membantu mendapatkan dan memberi info antara kedua belah pihak generasi 08 dan juga batch 09....namun mungkin peranan saya tidak terlihat dengan mata kasar mereka..harus diteliti menggunakan mikroskop mungkin....Ada sekali itu saya cuba merayu wakil junior 09 supaya tidak memulaukan SBY 08 ini seperti yang dilakukan oleh sebahagian generasi 08 terhadap program batch 07. Sedaya mungkin saya mendapatkan info tentang jadual batch 09 supaya tidak bentrok / bertindih dengan aktiviti SBY 08. Namun....inilah hakikat yang saya harus terima bila khidmat kita memang x diperlukan...sampai bila-bila kita bukan siapa pada mereka....

Cuma ada suatu penyataan sahaja yang paling buat saya berasa kecil hati apabila cadangan permainan untuk aktiviti ersebut dibacakan, nama saya tidak disebut sebagai pencadang dan pada akhirnya tidak diterima juga cadangan tersebut dengan alasan segala aktiviti telah diatur lebih awal...namun setahu saya cadangan permainan itu saya ajukan 5 menit setelah salah seorang wakil pengajur meminta setiap rumah memberikan satu cadangan aktiviti. Walau apa pun saya take it easy....tidak mahu berfikiran negatif pada mereka. Mungkin ada reason mereka tersendiri.

Akhir kata sebelum mengakhiri post ini saya memohon maaf sekiranya kehadiran saya dalam urusan batch 08 mengganggu urusan kalian. Mungkin mulai hari ini saya akan cuba untuk tidak mengambil tahu tentang aktiviti yang anda rancang...dan juga kepada yang tidak menyenangi post-post saya di FB, saya sarankan anda supaya delete lah profile saya dari friendlist anda...supaya kehadiran saya tidak menyebalkan anda...hentikan la aktiviti menge'ban' sesama batch kerana sifat ini hanya merugikan sesama kita yang pada akhirnya kedua belah pihak hanya memperoleh rasa kebencian dan salah satu pihak lagi akan rasa tertindas.

Sebenarnya banyak lagi yang hendak saya bicarakan namun masa tidak mengizinkan, ditambah pula blog ini telah banyak di'link' kan ke blog-blog orang kuat batch 08. Moga post saya kali ini tidak menyinggung mana-mana pihak. Segala kelemahan dan keburukan datangnya dari saya, segala yang baik hanya dari Allah S.W.T. Wassallam.

P/s : Apa-apa pun tanx kepada 09 yang datang ke SBY semalam! Saya cuba datang untuk bagi sokongan walaupun dalam keadaan sakit. Namun itu bukan halangan walaupun terpaksa pergi balik seorang diri ke
tennis court dalam kegelapan malam.


newly posted by,
x'emriust
15/11/09

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!