Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Antara Sahabat 1,2,3,4,5 Yang Manakah Terbaik dan Terburuk ?



Apabila membicarakan tentang sahabat, pasti setiap orang punya sahabat baik, rapat dan juga istimewa. Namun tidak semua sahabat yang kita punya itu memiliki sifat, hati dan perasaan yang kita inginkan. Seringkali jika tersalah dalam memilih sahabat, kita yang akan terjerumus ke kancah yang tidak diingini. Namun sebagai manusia yang normal, kita pasti tidak akan terlepas dari bertemu dengan berbagai-bagai ragam sahabat yang kadang kala ada seperti pak imam (ahli masjid), kaunselor (pendengar/penasihat yang baik), guru (mengajar teman-teman lain), bouncer (melindungi teman-teman) dan sebagainya. Jika yang jenis ini bagus lah sebab kedua pihak memperoleh kebaikan. Namun bagaimana pula jika sahabat yang kita temukan itu seperti talam dua muka (depan cakap lain belakang cakap lain), penghasut, pemfitnah, pengadu domba ? Adakah kita mampu untuk lari dari mereka ini?

Pada post kali ini, saya ingin menyorot kembali kenangan-kenangan lama sepanjang saya bertemu dengan insan yang kita sering panggil sebagai "SAHABAT" (yang pasti nya manusia dan bukannya haiwan). Sepanjang 20 tahun menjalani hidup ini, bermacam jenis manusia telah saya ketemu, namun dalam kesemua manusia itu saya ingin mencari beberapa yang dapat menjadi teman baik saya di saat susah maupun senang. Then, bila dia susah, saya pula akan mmbantu dia begitulah yang saya harapkan ada "give and take" dalam sesuatu persahabatan itu yang merupakan aset yang sangat bernilai yang mampu menjadikan seseorang sahabat itu bernilai.


di manakah sahabat sejati ku...

Setelah ditapis dan dikaji, saya telah menyenaraipendekkan beberapa sahabat yang pernah saya kenal dan ada yang sampai kini masih berhubung dan menjadi sahabat dan ada pula yang masih berpeluang bertemu tetapi tidak pernah berhubung. Manakah yang anda rasa kawan yang TERBAIK dan yang manakah yang TERBURUK ?

Saya amat mengharapkan feedback dari pembaca-pembaca post saya kali ini dalam membantu saya mencari erti sebenar suatu persahabatan supaya mata ini tidak dikelabui dengan penipuan halus dari seorang yang kita panggil SAHABAT.

SAHABAT 1

Seorang sahabat ini, lelaki biarlah saya nama kan dia Mr. A ,saya kenal dia ketika kami sama-sama belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh ketika Form 4. Pada awal perkenalan, memang kitaorang x rapat sangat kerana masih baru nak kenal-kenal semua. Ketika Form 4, saya still x de ramai kawan yang kenal di sekolah tu memandangkan kami pun masuk Form 4 jadi yang Form 4 yang masuk dari Form 1 kitaorang belum kenal semuanya. Ketika waktu itu saya mengenali seorang sahabat ini, pada waktu itu saya merasakan dia baik juga sebab kalau ke mana-mana macam nak outing ke Taman Cempaka (TC) ke memang ajak dia la terutama nak ke CC ke sebab dia pun kadang kaki CC n kadang-kadang bila nak ke JJ mall ke tapi jarang la saya ke JJ mal sebab duit belanja pun cukup-cukup untuk belanja makanan tambahan seperti maggi, biskut kering, roti (wajib buat budak asrama penuh sebab x ley kuar selalu) dan beli barang keperluan lain seperti buku, alat tulis. Kadang kala bila saya x cukup duit macam nak bayar yuran kelab (hujung bulan la biasanya), terpaksa buat muka x malu kat dia nak pinjam dalam rm 5 ke x pun rm 10 kadang-kadang. yelah saya ni bukan jenis meminta itu yang kalau terpaksa sahaja la baru meminjam duit kawan. Tapi saya bayar awal la bila dapat duit bulanan bila my parent datang lawat.

Sahabat saya si A ni dia selalu juga kadang-kadang buat lawak, mula-mula dulu saya juga sering ngusik dia biasa la suka ngepau makanan ..hihihi tapi saya jenis x kesah kalau bab makanan sebab memang x kedekut bila ada kelebihan rezeki terutama bila my parent datang lah sebab kitaorang akan share makan sama-sama. Pernah sekali my parent datang bawak kejutan KFC...huhu sangat sedap saya terpaksa simpan dalam almari sebab x nak bau ayam KFC sampai ke rumah warden kang warden datang serbu almari saya..hihi :-P
Sebab ayam-ayam tu saya simpan tuk sume my best friend time tu macam Mr. Ar, Mr. Has, Mr. Na, Mr Iz termasuk Mr. A dan lain-lain. Coz diorang selalu bantu saya time belajar.

Then bila dah naik Form 5, kami still sekelas, dan boleh belajar sama-sama tapi.......si Mr. A ni semakin menjauhkan diri dari saya sebab dia dah ada kawan lain kat kelas lain. Quite terasa juga la sebab dia sangat berbeza bila dah naik Form 5. Dorm pun dah lain saya tingkat bawah, dia tingkat atas jadi makin jarang bertemu. Sedih sangat-sangat time tu bila kadang-kadang dia kutuk saya balik mungkin untuk berjenaka tapi bila dia satu kepala dengan musuh saya time tu Mr. M.A. ...rasa macam hidup di dunia ni x bermakna sangat-sangat. Sejak dari itu, outing or ke mana-mana pun saya seorang diri sahaja. Makan di cafe (kadang-kadang jer bila nak tengok AF sebab kat kantin jer ada TV) pun kadang tak berteman. Kadang-kadang seronok tengok teman-teman lain bley ke sana ke mari dengan geng-geng diorang. Tapi xpela semua tu bukan halangan tuk saya meneruskan hidup di dunia sebagai pelajar asrama.

Setelah keluar dari STAR, kami membawa haluan masing-masing then lost contact. Namun Allah Maha Mengetahui segalanya apabila saya menemukan profile si Mr. A di laman sosial Friendster yang mana merupakan laman sosial yang paling popular di kalangan remaja pada waktu itu. namun di hati kecil saya tetap sedih kerana kami tidak dapat berhubung lagi memandangkan si Mr. A sudah menukar nombor HP nya dan sentisa sibuk mendampingi 'teman istimewanya' . Amat menyedihkan....tapi Allah itu Maha Kaya...semua yang menjadi teman saya sekarang selalunya adalah sahabat kepada teman saya yang akan datang.......

Saya berkenalan dengan seorang sahabat, yang juga merupakan sahabat si Mr. A ini dan akan saya ceritakan di ruangan SAHABAT 4 nanti....





SAHABAT 2

Sahabat yang ingin keceritakan ini juga merupakan salah seorang sahabat baik saya sewaktu zaman persekolahan hingga kini. Saya namakan dia sebagai Mr. J. Dia juga duduk berdekatan kawasan rumah saya tapi xlah dekat sangat kena lah naik motor baru sampai. Saya mengenali dia sejak dari Tahun 6 lagi apabila kami belajar di kelas yang sama sewaktu dilakukan pensetaraan kelas, yaitu menempatkan pelajar mengikut prestasi pelajar mereka. Alhamdulillah saya ditempatkan di kelas yang pertama. Di sana saya bertemu dengan ramai teman-teman baru. Sampai kini sebagian dari mereka masih saya hubungi. Saya dan Mr. J then melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang sama sampai Tingkatan 3. Sepanjang mengenali dia, saya rasa dia boleh dibuat kawan sebab memang ada ciri-ciri kawan pada waktu itu.

Kalau ada sebarang aktiviti di sekolah kitaorang selalu bersama masuk contohnya Persatuan Kemahiran Hidup, then kalau ada apa-apa aktiviti yang hendak dianjurkan saya akan mendapatkan bantuan dia dan kawan-kawan sekelas Thanks! Yang paling best waktu itu, rahsia dia saya taw..and rahsia saya pun kadang-kadang dia taw..aiya...sebagai contoh masa sekolah menengah dahulu saya ada admire pada seorang gadis Tingkatan 1 bernama Nadia Hasmin, Mr. J ni taw law tentang hal ni hahaha [awek dia pun saya taw siapa, dia kan ramai peminat time tuh]. Saya admire jela pada si Nadia masa tuh,x berani nak melebih dari itu... kebetulan saya satu bus dengan si Nadia nih so boleh la selalu usha-usha dia..haiya..kenangan lama semua itu...Rasa macam bodoh pulak kan sebab terhegeh-hegeh pada si minah nih sampai kad raya pun x pernah miss hantar setiap kali raya..dulu lah ye sekarang x dah..sebab dah lost contact...last contact pun 2 tahun lepas sebab dapat nombor si Nadia nih dari abang dia..kah3...[saya tipu abang die..muahahaha]. Kami belajar di kelas yang sama sampailah Tingkatan 3 sebab selepas itu, saya dan Mr. J masing-masing meneruskan pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang berbeza tapi still dalam negeri yang sama. Then setelah memasuki alam matrikulasi juga, kami terpisah jauh kerana saya ditawarkan ke Matrikulasi Johor dan dianya di Matrikulasi Perak.

Tapi sampai saat ini kitaorang still contact sebab dia still ada di rumah sebab kerja n tunggu panggilan UiTM disember nih...Bila saya balik cuti semester selalunya settiap bulan 2 & 8, selalu la jugak ajak dia lepak kat rumah saya ke..lama x jumpe kan. Harap persahabatan ini x terputus lah...macam sahabat-sahabat yang lain.





SAHABAT 3

Sahabat saya yang ketiga ini merupakan seorang perempuan yang saya mula-mula kenali di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), saya namakan dia sebagai Ms. F. Dia berasal dari Kelantan. Saya kenal dia pun secara kebetulan sebab curi-curi tengok nombor dia dari HP pakwe dia...uppss..kisah lama...pakwe dia sporting la...kitaorang pun pernah duduk sebilik and kawan baik. Kawan saya ni dia belajar di Matrik Johor juga tapi dia dapat Program Dua Tahun (PDT). Jadi jadual pun x sama la...lepas pakwe die keluar KMJ p UIAM, saya sering jumpa si dia ni la sebagai kawan nak dapatkan nasihat..yela hdup saya kat KMJ dulu sangat mencabar sebab rakan bilik saya sorang sorang keluar ada sebab belajar oversea, masuk maktab perguruan, drop out pun ade...so tinggal lah saya survive sorang-sorang dalam bilik 3.10 tu.

Tu yang bila sepi ke saya p la membuat rondaan ke bilik-bilik kawan haha...jadi la dapat gak jalan-jalan. Bilik yang selalu saya lawat bilik Haikal la sebab die classmate saya. Kenangan paling best bila saya n si Ms. F ni keluar sama-sama ke bazar beli makanan nak bukak puasa time tu baru first time keluar dengn dia...memang dia malu-malu la....huhu saya lagi la malu..haha...tapi berani kan diri la jugak. Pada saat-saat terakhir sebelum die cuti semester PDT, saya sempat jumpe Ms. F buat kali terakhir n kami bertukar-tukar gamvar..sebab bagi saya dia la kawan saya yang terbaek dalam hidup saya...sebab dia selalu ada bila saya happy or sedih.


SAHABAT 4

Sahabat saya yang keempat ni biar lah saya panggil dia Ms. S. Saya kenal dia masa kat UiTM Shah Alam sebab kitaorang satu kos. tapi time tu kenal2 gitu jela sebab saya ni jenis x kan tegur gurl if x kenal dia. Teruk kan? Patutla susah nak cari awek dulu..Huft...(-_-)...Ms. S ni dulu selalu tolong saya if saya tak paham tentang kalkulus, dia akan terangkan..kadang-kadang bila bingai saya dah sampai tahap 100%, saya pinjam jawapan dia je la...abes cerita...sebab saya dak biologi masuk aliran fisik tetiba memang jadi culture shock la kan....

Kitaorang sempat kenal hanya sebulan aje sebelum saya proceed study to oversea. Jadi agak lost contact jugak la sebab time tu saya macam nak usha dia..tapi segan la..kang kantoi dengan classmates ke kan..Ade sekali tu balik bercuti di Malaysia saya datang dari Ipoh ke Shah Alam nak jumpe dia nak ambil baju Lab yang saya pesan dia ambilkan...sebab saya tak sempat nak ambil...Time tu jela dapat jumpe dia for the last sebab sekarang dia pun dah berpakwe...x dapek dah nak usha kan...but lately adanya Facebook membolehkan saya contact dia semula......but not alwalys.........for me, it was..............A BAD ENDING..................story in my life.



SAHABAT 5

Coming Soon...masih difikirkan sama ada wajar atau tidak diceritakan.





TO BE CONTINUED..........

Posted by :

xemriust
21/11/2009




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!