Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

@@ Mr. Lonely @@

PERHATIAN :
Kepada yang tidak mempunyai sifat muhasabah dalam diri adalah tidak digalakkan untuk membaca post di bawah.



Lonely im so lonely,
I have nobody,
To call my owwnnn
Im so lonely, im mr. Lonely
I have nobody,
To call my owwnnn
Im so lonely,

Setiap orang pasti pernah merasakan kesepian bukan? Diriku juga tidak terkecuali dari merasakan perasaan sedemikian. Semenjak beberapa bulan terakhir ini aku merasakan diriku begitu kesepian dalam meniti hari-hariku di negara orang ini. Apa tidaknya setiap hari aku melakukan secara bersendirian baik dari bangun dari tidur sehinggalah merebahkan diri di katil semula. Semakin hari aku merasakan dunia ini semakin meminggirkan diriku....mungkin kerana tidak sehebat manusia yang suka mencari publisiti kerana aku lebih selesa menjadi orang yang normal tetapi extraordinary person. Kadangkala aku sering mengeluh sendirian kenapakah nasib ku ini diatur sebegini rupa....tidak seperti manusia lain...yang sering bergembira dan enjoy dengan life masing-masing. Aku sayu melihat diriku ini seperti layang-layang yang putus tali, tidak ada tempat untuk bergantung....

Mungkin kerana kekurangan diri ini menyebabkan tidak dipandang orang, dianggap sebagai kawan baik jauh sekali. Sedangkan aku telah cuba menjadi seorang sahabat yang baik yang ada di samping mereka susah dan senang walaupun kadangkala kepentingan diri ini terpaksa diketepikan. Apakah mata mereka masih 'buta'?? Apakah telinga mereka telah 'tuli'?? Semua persoalan itu sering menghantui diri ini sehinggakan aku merasa dunia ini lebih aman tanpa kehadiran teman yang kadangkala hanya hadir bila mereka kesusahan dan bukannya bila diri ku ini yang susah.


Jika di asrama dahulu aku masih mempunyai semangat yang kuat biarpun sering diherdik oleh segelintir batch aku yang mungkin kadangkala cemburu dengan ku. Namun pada dewasa ini, aku seperti tidak mampu lagi menanggung sengsara yang semakin menghakis jiwaku..yang semakin menghakis semangat kental ku yang dulu....apakah yang harus dikorbankan lagi demi hidup ini.......?

Jika di asrama dahulu, adat makan bersama-sama dengan teman sering menjadi kebiasaan. Jika sudah masuk waktu solat, teman yang tertidur sering dikejutkan, jika keluar juga kadangkala sering bersama...namun....dunia persahabatan kini telah berubah......apa yang penting bagi mereka kini mencapai segala hajat peribadi dalam persahabatan itu. Setelah tidak bererti lagi ditinggalkan sahaja sahabat itu...bak pepatah Melayu, "Habis madu sepah dibuang". Apakah semua itu akan menjadi objektif setiap manusia dalam menilai persahabatan?????

Jika sekarang.....aku :

bangun solat..........................hanya pada alarm kuberharap
bangun kuliah........................hanya pada alarm dan jam biologi juga kuberharap
perubahan jadwal kelas.........hanya pada ambil tahu diri ini kuberharap
berkayuh basikal ke kuliah....hanya pada kudrat diri ini kuberharap...jika tidak, pasti ditinggalkan keseorangan, jika mati dilanggar pun tidak siapa yang tahu.

makan...................................hanya penjual di gerai lah yang menjadi temanku makan
berjalan-jalan.........................hanya kakiku inilah yang membawaku ke mana sahaja...tidak ada peneman.

Housemaate??

hmm....buat masa ini aku still bersabar dan teruskan hidup berdikari

Ku amat berharap ibu bapaku memahami kenapa anaknya ini memohon untuk membeli motosikal......diriku ini tidak mampu lagi mengharapkan pada kudrat diri yang cuma ala kadar....jika di waktu hujan seringkali diri ku ini disimbahi air kotor di jalan sehingga ke kepala, baju-baju ku juga kotor...sampai bilakah harus ku tnggung semua ini.......jika hendak ke kuliah pula tidak ada jalan lain yang boleh dilalui melainkan melawan arus kenderaan yang datang sehingga la ke pintu utama universitasku. Risiko untuk dilanggar oleh bajaj, lori, kereta, dan sebagainya adalah sangat tinggi sehingga 90% kadang-kadang aku merasa sangat penat mengayuh basikal terutama di waktu tengah hari sehingga bila sampai di kampus habis basah bajuku disimbahi keringat...di kala hatiku sayu melihat teman-teman yang tinggal berdekatan dengan kampus gembira datang ke kampus dengan mempunyai pelbagai kemudahan kenderaan, kukerahkan jua kudrat empat kerat ini untuk mengayuh basikal ku ini demi ilmu yang harus dituntut, namun di sudut kecil hatiku tetap membisik agar motosikal yang akan dijanjikan oleh ibu bapaku menjadi kenyataan, moga diri ku ini tidak lagi ditinggalkan keseorangan terkial-kial menganyuh di belakang....

Kusentiasa berdoa moga hari esok itu lebih baik dari hari-hari sebelumnya....dan memberikan sinar harapan kepadaku...Amin..


posted by,

x'emriust yang kesepian


One Response so far.

  1. ~kiranya diriku juga bangun berharapkn alarm biologi.... walaopon aq berbasikal berdua tp tiba ke destinasi keseorgan... seandainya sekuliah duduk bersama tp x boleh bertanyakn apa2...bercakap berdua tp x berpandangan mata... bertanya soal dijawab amarah...kesakitan tu lg sakit dari kesepian sahabatku...hnya berpura2 dihadapan org ramai, seolah2 bahagia, hakikat terseksa...~betul ckap ko, kita x sedar yg kite kehilangan seseorg pabila kite mula mnyukai seseorg...~kdg2 aq pon dh berhenti berharap...~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!