Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

** Uniknya Masjid Besi Sultan Zainal Abidin, Putrajaya **






BERKONSEPKAN seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya yang dibina menggunakan enam ribu tan keluli atau bersamaan 70% dari keseluruhan bahan binaan, material telus cahaya dan selebihnya konkrit.


pada waktu pembinaannya



Masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi di mana keluasannya sekali ganda berbanding Masjid Putra, Putrajaya sehingga mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa. Pembinaan masjid dengan kos RM 180 ini juga bakal meletakkannya menjadi salah satu mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.

Pembinaan masjid ini juga sekaligus dapat menampung keperluan kakitangan kerajaan dan juga penduduk setempat iaitu dari sekitar pusat bandar atau core island di Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18. Arkitek yang telah dipertanggung jawabkan untuk membina masjid ini, iaitu Kumpulan Senireka Sdn Bhd dengan mengikut Pelan Induk Putrajaya, kumpulan ini dipertanggung jawabkan untuk mereka bentuk sebuah masjid berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent) yang mampu memuatkan 20,000 jemaah.

Istimewanya masjid ini bukan hanya terletak pada binaan keluli sebagai kerangka masjid tetapi juga akan dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Ketika waktu malam pula, cahaya lampu akan menambah keindahan Masjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.

Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.

Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi, bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.

Anyaman Masyrabiah di Masjid Besi diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat yang wujud di negara ini. Kemudian ia dilitupi pula panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga dari jenis besi tahan karat. Menurut arkiteknya, rujukan yang digunakan untuk menggunakan dinding Masyrabiah adalah stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara di Paris yang menggunakan dinding berkonsep sama untuk ruang meletak buku setinggi 20 tingkat dan ruang letak kereta di Barcelona.

Selain itu, pengunjung yang ingin beribadat atau sekadar berkunjung ke masjid ini bakal disambut dengan seni kaligrafi yang terukir di hampir setiap ruang masjid. Perjalanan menuju ke masjid ini memerlukan para jemaah/ pengunjung melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.

Begitu juga di sekeliling Masjid Biru, ia seolah-olah sebuah pulau dengan dikelilingi binaan konkrit kolam bertingkat. Ia kelihatan seperti mini air terjun yang melimpah ke dalam takungan kolam kedua menjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk beristirehat sambil menunggu azan berkumandang.

Disambut binaan pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC), pengunjung akan melalui Iwan Utama menuju ke laman atau Sahn dalam bahasa Arab. Indahnya binaan konkrit putih itu, ia dilatari ukiran Asma Ul Husna yang terkandung 99 nama Allah SWT menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth.

Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.

Menjengah ke ruang solat, mata pasti terpaku melihat dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir kerja tangan tempatan iaitu dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan surah Ibrahim di sebelah kiri.

Uniknya cermin itu, ia tidak memantul kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Dinding Mihrab inilah yang akan menjadi fokus utama ruang solat Masjid Besi Putrajaya itu.

Selain itu, masjid ini juga akan dilengkapi sistem audio visual terbaik bagi memastikan tiada sebarang masalah seperti pantulan bunyi berlaku ketika azan atau ceramah agama dibuat,” katanya.

Mohd Ridzwan yang ditemani Timbalan Pengarah Pembangunan Kemudahan Awam, Jabatan Pembangunan Awam Perbadanan Putrajaya, Norhayati Abdullah, pada pertemuan itu berharap umat Islam di negara menggunakan kemudahan itu yang menjadi ikon pada Putrajaya. Walaupun menjadi tumpuan diplomat dan pelancong dari seluruh dunia, umat Islam di negara ini wajar mengimarahkan masjid dan tidak membiarkan ia kosong serta terbiar.

FAKTA: Kemudahan disediakan

















- Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)

- Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid

- 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid

- Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang

- Dapur

- Bilik VIP

- Bilik penyelenggaraan

- Bilik jenazah

- Pejabat

- Bilik kawalan audio visual

- Ruang letak kereta (bawah tanah)
- Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat- Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna- Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang- Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara
mimbar

FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya

- RM180 juta - Kos pembinaan

- 60,156 - Meter persegi, luas masjid
- 20,000 - Kapasiti jemaah.


toilet


Pemandangan Masjid Sultan Zainal Abidin di kala malam.





2 Responses so far.

  1. et says:

    nak sangat pegi masjid besi neh.aritu sampai putrajaya dapat tengok dari jauh je.sadis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!