Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Gelora Melanda Dalam dan Luar Negara


Setelah lama tidak kedengaran ketengangan antara dua negara serumpun, yaitu Malaysia dan Indonesia kini muncul lagi pada bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini. Nampaknya hubungan yang tegang ini tidak ada kesudahannya. Sampai bilakah rakyat dari kedua negara ini dapat bersatu kembali dan saling menghormati sesama negara? Hmm....saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia di Indonesia agak risau dengan skenario yang sekarang terjadi di kedua belah pihak. Itu kalau hubungan luar Malaysia. Bagaimana pula dengan isu dalam negara Malaysia sendiri?

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat Malaysia semakin porak-peranda dan berpecah-belah hasil usaha gigih parti pembangkang yang diterajui oleh Anwar Ibrahim untuk memecahkan bangsa Malaysia kepada empat bagian, yaitu Melayu UMNO, Melayu Pakatan Rakyat, India dan Cina dengan bertujuan agar perpaduan tidak akan dapat dicapai dan seterusnya menurunkan sokongan rakyat kepada BN. Memang tidak dinafikan parti BN juga ada kurangnya dahulu seperti korupsi, rasuah, jawatan kepada kroni dan lain-lain. Namun sejak perubahan tampuk pemerintahan oleh Datuk Seri Najib Razak, sedikit sebanyak BN berubah ke arah yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan Pak Lah. Seharusnya rakyat Malaysia sedar sekiranya mereka tidak bersatu, pasti negara Malaysia akan menjadi lemah tambah pula dengan tekanan dari negara Indonesia yang mana rakyatnya begitu bersatu dalam menentang musuh mereka umumnya pada waktu ini, yaitu negara Malaysia. Lihatlah media-media elektroniknya yang begitu bebas menghina Malaysia tanpa mengira waktu tanpa ada sekatan dari pemerintah tidak seperti di Malaysia di mana media-medianya disekat dari menghina pemerintahan Malaysia mahupun pemerintah negara lain.


Apa yang menyebabkan Indonesia berani melawan Malaysia? Sebenarnya dalam negara Malaysia itu sendiri yang lemah baik dari segi perpaduan rakyatnya, maupun hubungan luarnya. Oleh yang demikian pemimpin masa kini haruslah lebih peka terhadap apa yang sedang terjadi sekarang dan menguatkuasakan undang-undang terhadap tindakan segelintir individu yang menyebabkan berlakunya pepecahan rakyat Malaysia.


Jadi pada teman-teman ku yang kini berusia21 tahun, anda sudah layak untuk mengundi. Pilihan ada di tangan anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!