Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Indonesia mengharamkan tayangan filem Barat?



19 Februari 2011

OMG! Apakah motif pemerintah Indonesia mengharamkan tayangan filem-filem Hollywood di Indonesia? Desas-desus di Internet banyak mengatakan bahawa 'mereka' ingin mengaut duit dari hasil dari pemberian lesen penanyangan filem Hollywood di Indonesia. Nampaknya para pemerintah negara ini semakin kekusutan dalam mencari sumber kewangan negara sehinggakan terpaksa menaikkan tarif tax/cukai (pajak) untuk penanyangan filem-filem bermutu di Indonesia. Mengapa saya mengatakan demikian? Hal ini disebabkan oleh sebagian besar filem-filem tempatam (lokal) Indonesia yang ditayangkan amatlah tidak bermutu dan lebih sopan kalau dilabelkan sebagai 18PL. Para pelakon (aktor) Indonesia seperti Jupe (Julia Perez) yang hanya ber'aset'kan dada yang besar ( o )-( o ) dan bentuk tubuh seksi mereka belum tentu lagi dapat melawan hasil kutipan tayangan filem-filem Barat.


oh, ya inilah 'Jupe' tadi [actually dia pakai Botox]


Selain itu, filem Indonesia terlalu banyak yang bertemakan horror tidak bertempat di samping mengenal semua jenis hantu yang terdapat dalam lagenda Indonesia. Pada waktu yang sama, ada juga antara pengkritik di Internet mengatakan bahawa para koruptor mereka juga ingin mencantas sebuah perusahaan pawagam (bioskop) yang sedang berkembang megah & pesat yang saat ini masih terus membuka cawangannya yang terbaru di Tangerang, Indonesia, yaitu 21cineplex/XXI (click)


Berikut adalah beberapa komen dari pengguna Internet :





Namun sayangnya, kebijakan yang cuba dilakukan pemerintah Indonesia ini hanya mengundang kemarahan rakyat dan juga pencinta filem karena akibat larangan ini, menyebabkan filem-filem Hollywood yang seharusnya ditayangkan dalam tahun ini terpaksa dilupakan oleh para penggemar untuk menontonnya di pawagam. Antara filem-filem menarik yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ini adalah :


> Pirates of the Carribean 4 : On Sranger Tides - (20.05.2011)




- Official Trailer -



> Harry Potter and the Deathly Hallow Part 2 : (July 2011)































> Transformers 3 : The Dark of The Moon : (01.07.2011)





- Official Trailer -



> The Twilight Saga: Breaking Dawn-Part I (18.11.2011)




- Official trailer -


Selepas ini pasti pemilik-pemilik syarikat percetakan DVD cetak rompak (bajakan) semakin laris memandangkan hanya merekalah satu-satunya sumber untuk mendapatkan movie-movie terbaru selain men-download nya di internet. Malah, pembekal TV kabel juga pasti terukir senyuman apabila semakin ramai yang akan berlanggan dengan mereka memandangkan stesen TV ini mempunyai saluran TV yang menanyangkan filem-filem Hollywood.



Jadi kita sebagai penggemar filem hanya mempunyai beberapa pilihan :

1. Memboikot pawagam (bioskop) yang hanya menanyangkan filem Indonesia yang tidak berkualiti
2. Membeli VCD/VCD cetak rompak (bajakan) sebagai tanda sokongan larangan tayangan filem-filem Hollywood di Indonesia.
3. Men-download semua filem terbaru dari Torrent atau web-web yang menyediakan link untuk mendownload filem-filem baru. (Banyak kan?)
4. Berlanggan dengan pembekal TV kabel yang mempunyai channel HBO
5. Anda pikirlah sendiri!

Apa-apapun, semua pilihan terletak di tangan kita :)




posted by,

x'emriust

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!