Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

The Faceblog




Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)


Oleh sebab tadi emry baru lakukan lawatan sambil belajar (blogwalking) hehe...then ternampak lah satu blog ini The Facebook...eh silap The Faceblog...korang pernah dengar ke? Actually emry pun baru dengar hehe & baru join seminggu lepas..sangat menarik sebab emry dapat bertemu dengan blogger yang lain dari umur yang baru nak membesar sampailah umur yang dah tak boleh membesar lagi..hehe [kidding]. Then hari ini admin blog ini menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk jadi sebagian dari admin blog ini.

Jadi oleh karena dalam hati emry ni ada keinginan tu, oleh yang demikian secara advance nya emry post entri ini just for U The Faceblog sebagai tanda minat emry terhadap tawaran anda, sebab selalunya emry akan tulis setiap entri & post entri tersebut 2 hari kemudian...hehe

Lagipun emry masih dalam usaha mempelajari tentang dunia internet dan berblog secara lebih mendalam :) Lastly, jika diberi peluang jadi admin The Faceblog, emry akan cuba menyumbangkan sebanyak idea yang boleh supaya nama The Faceblog setanding dengan blog/web yang sedang terkenal seperti Syahirul.com, Oh Media!, Perekacerita, Blog Realiti Konspirasi ZackZukhairi dan banyak lagi....



Ini lah halaman depan (Home) The Faceblog




Sepanjang 2 tahun dalam dunia blog, emry dapat belajar serba sedikit asas dalam menarik lebih ramai pengunjung ke blog kita, jadi secara tak langsung nanti seluruh blogger khususnya di Malaysia dapat dipertemukan dalam satu tempat seperti di Faceblog ini. Tambahan pula, banyak yang emry tengok blogger perempuan sahaja yang bersemangat menawarkan diri mereka menjadi admin. Menurut emry secara peribadi, blogger perempuan ini lebih banyak post entri yang berkenaan personal diri sedangkan dalam dunia blogger seharusnya kita memuatkan pelbagai info supaya bukan sahaja dapat memberi info kepada pembaca, malah menarik minat diorang untuk terus tetap bersama penulis dan tidak malu-malu berkongsi idea bersama.

Memang tak dinafikan pengetahuan dalam HTML dan lain-lain itu penting dalam dunia blog, tapi apa yang lebih penting adalah idea yang bernas dan segar dalam menyampaikan sesuatu entri tersebut dan bukan hanya sekadar entri yang merapu-rapu tentang kehidupan seharian dari bangun pagi sampailah tidur. Betul tak?

Jadi oleh sebab itu emry sebagai antara wakil lelaki tampil untuk beradu dalam contest mencari admin ini. Jika tak berjaya, emry akan anggap ini sebagai langkah pertama untuk emry terus maju di dalam dunia blog dan web ini. Last but not least, emry juga kaki online ok? Hehe..tengok lah post bulan lepas berapa banyak kan...

Memandangkan emry pun sejak akhir-akhir ini semakin aktif & ligat menulis blog, diharapkan admin-admin The Faceblog terbaca lah tentang post emry ini ye! Peace...



Celoteh emry : Jadi kepada korang yang berminat boleh lah lakukan lawatan sambil belajar ke laman web The Faceblog ok?



3 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    dah baca dah.. tq2..
    gud luck...

  2. amny says:

    yeeahh..sokong gitu..:)

  3. salam , gud luck yer ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!