Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Hala Tuju Lepasan SPM : Masa Depan di Tangan Anda



Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)

Note emry :

1. Kome memang baik kalau sudi KOMEN entri

2. Kome sangat baek kalau sudi FOLLOW Blogberry Emry

3. Kome memang antara yang terbaik kalau sudi klik IKLAN... TAPI....

4. Kome tersangat sporting kalau sudi klik LIKE pada fanpage Blogberry Emry sbgai tanda sokongan pd emry.




Apa kabar kome semua? Pada entri kali ni emry nak berceloteh panjang skek tentang peluang dan ruang yang terbuka luas buat para lepasan SPM. Segala yang emry ceritakan ini adalah berdasarkan ilham yang emry dapat setelah terbaca entri dari Blog Fatin Liyana(FL) dan secebis pengalaman emry sendiri.


Emry dulu memang belajar sekolah biasa je sampai form 3 tapi lepas rezeki dapat 8A PMR emry dapat tawaran masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang agak dekat lah dari rumah. Sekolah mane eh tau tak? Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh. kome mesti tau pasal sekolah tu kan? Emry belajar sana sampai habis Form 5 then dapat;ah result SPM yang tak de lah gempak mana. Cuma 8A 2B (EST & Biologi). Sangat kecewa time tu sebab Biologi dapat B..padahal emry memang hajat nak jadi doktor....tapi result lak gitu..Hadoii...


Waktu sebelum diumumkan result, emry adalah jugak isi borang UTP-online disebabkan result trial SPM yang agak cukup-cukup makan je lah untuk layak isi. Macam biasa mesti lah takkan dapat kalau dah result dapat ciput A je kan? Then emry tak putus asa, emry isi UPU, emry ingat lagi waktu tu emry ada pilih course Asasi Kejuruteraan Kimia UiTM, then finally tak sangka emry dapat surat tawaran untuk kos tersebut....Namun, emry rasa macam diri emry bukan untuk bidang kimia, so emry lupakan saja tawaran tersebut untuk masuk ke pilihan terakhir untuk orang macam emry ni, yaitu Matrikulasi. Emry dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Johor [ni gara-gara emry dulu tak pikir habis-habis..haha teringin nak belajar kat Johor katakan...hah ambik ko sekali dapat..terus terkedu sebab jauh hehe..memang parent emry datang lawat 2 kali je, 1st : mase hantar belajar, 2nd : masa dah habes belajar]


Kehidupan belajar di matrikulasi memang sangat berbeza, ditambah pula dengan stress belajar. Kome bayangkan lah dalam masa setahun korang kena belajar macam-macam. Setiap hari belajar topik yang baru, lambat je kome pickup conform ketinggalan.


Memang betul seperti yang dikatakan oleh FL, lepasan SPM yang masuk Matrix normally akan dipandang serong oleh segenlintir kawan-kawan kita yang dah masuk U. Tapi kalau kome nak tau, dalam beribu pelajar Matrix, memang akan ada yang pandai/pintar/genius. Tak tipu! Member emry dulu ada sorang tu lelaki Meleis la kan, dia ni jenis playful person sebab jarang study tapi result damn gempak. Dua-dua semester dia dapat 4 flat. Kome-kome yang dapat tawaran matrix tu jangan la ragu-ragu ok? Just grab that oppurtunity! Sebab kalau korang tak ambil matrix jawabnya kena ambil pilihan terakhir lah Giat Mara or SPA right?




Sebenarnya emry dapat kos fizikal di matriks...tapi dengan yakin dirinya emry mintak tukar kos Sains Hayat!! Hahaha....pedulikan pandangan orang lain demi masa depan kowt! Emry waktu matriks semester 1 memang rajin study jugak la sebab still tak ramai kawan lagi....tapi bila dah semester 2..hancus..dah kenal ramai kawan, mula lah banyak main....haha result pun sangat down!! Tak sampai 3 kowt!! Tentang FL cakap yang dia tak pernah apply MARA untuk belajar luar negara kan? Sebenarnya biar emry jelas kan disini, kalau kome rapat dengan kaunselor & paling best kalau kome join PRD (Pembimbing Rakan Dinamik) + result 3.5 semester 1, conform nama kome akan disenarai-pendekkan oleh pihak matrikulasi dan dihantar ke Kementerian Pelajaran Tinggi untuk temuduga dengan pihak MARA untuk belajar ke luar negara. Yeah emry pun dapat tau dulu dari member-member rapat PRD. So guys, please take note ok? Dan alhamdulillah selepas melalui pelbagai dugaan akhirnya emry dapat juga panggilan temuduga MARA ni. kalau tak salah emry seramai hampir 10 orang dari wakil KMJ telah berjaya dalam temuduga tersebut dan mereka telah dihantar belajar di Universitas Trisakti dan UKRIDA. Kome-kome yang dapat pointer 3.8 tu rasanya tak payah la susah hati kot? Sebab conform gomen (government) akan simpan kome dalam Malaysia..tak gitu? Beruntung what..tak yah belajar jauh-jauh and also no home-sick..hehe


Emry juga pernah dapat tawaran temuduga JPA untuk engineering course luar negara. Tapi memandangkan emry dapat tahu panggilan secara online sehari sebelum hari temu duga, jadi emry sangat tak prepare ok! Sebab waktu tu tengah bergelumang di 'alam pekerjaan' lah konon....takda masa nak online.., jadi emry tak berjaya lah untuk lolos temuduga tersebut. Tambahan, temuduga JPA tu 'freaking tricky'...


Berbalik pada kisah temuduga MARA tadi, sebenarnya pada tahun tersebut MARA nak hantar extra 50 orang pelajar perubatan ke Indonesia, so diaorang buat phone call ke rumah untuk tawarkan temu duga pada student yang terpilih. Antara orang yang terpilih tu termasuklah emry dan emry sangat bersyukur pada Allah sebab berjaya juga dapatkan tempat sebab asalnya emry dah terlepas hari temu duga kerana waktu tu emry terlibat dengan majlis perndaftaran pelajar baru di KMJ selama seminggu, so surat tawaran temu duga dari MARA tu tersadai di pejabat post. Selepas puas telefon HQ MARA KL lebih dari 5 kali, akhirnya emry diberi peluang untuk ikut temu duga tersebut. Lagipun waktu itu kalau tak salah hanya 35 orang saja yang bersetuju ikut temu duga tu...Agak kelam kabut juga la sebab hari ini call besok dah kena pergi temu duga + kena siapkan segala dokumen yang diperlukan berserta salinan sijil-sijil bercop. Urghh..memang dugaan sangat2...Petang tu emry langsung bertolak ke rumah makcik emry di Putrajaya, malam tu emry siapkan karangan dalam Bahasa Inggeris - "Why I Want to Be A Doctor". Sangat mencabarrrr!! Satu lagi, emry datang temu duga tersebut untuk mintak kos Pharmacy, tapi dapat pulak tawaran medic....Huuu..!!

Besoknya pagi-pagi lagi emry dah bertolak ke Pejabat Mara Kuala Lumpur. Emry gunakan segala peluang & ruang yang diberi untuk menonjol dalam sesi temu duga tersebut, dan syukur sangat-sangat emry waktu tu dengan yakin diri berjaya menonjol sedikit berbanding seorang pencabar perempuan yang English dia...sangat......!!!

Sementara menunggu keputusan temuduga yang agak 2 bulan jugak kene tunggu, emry mohon juga UPU, kali ni emry letakkan pilihan 1 : Kejuruteraan Kimia Proses UiTM, yang mana kos yang pernah emry dapat untuk result SPM (Asasi Kejuruteraan Kimia) memandangkan result biologi SPM n CGPA mtriks yang agak teruk. Syukur juga emry berjaya mendapat tawaran masuk ke UiTM kos yang emry pilih. Pada waktu tersebut, emry ambil masa dekat 2 jam untuk berbincang dengan kawan makcik emry tentang kos yang wajib emry pilih. Memang sangaaaaaaaat lama. Kalau kome nak tau jugak, pada malam sebelum hari temu duga MARA tu, result matriks pun keluar secara online!!! Oh my gosh!! Dengan berbekal kan result yang teruk tu la emry jadi bersemangat sangat-sangat tuk tebus kegagalan emry di matriks dengan berusaha dapatkan biasiswa MARA. Emry cuma berpeluang belajar di UiTM hanya sebulan disebabkan waktu hampir cuti mid-sem tu, tiba-tiba emry dapat surat tawaran dari MARA untuk belajar ke Indonesia.


Akhirnya sekarang disinilah tempat emry memanjakan diri untuk belajar medic, yaitu di UKRIDA, sekarang emry dalam tahun ketiga..yang mana suatu ketika dulu memang tak pernah dikenali wujudnya oleh rakyat di Malaysia termasuklah emry sendiri. Kalau kome-kome yang lepasan matrikulasi yang pointer bawah 3.8 & post-Intec student yang tak lepas mane-mane program, kome pasti bakal dihantar (sebenarnya dicampak) ke UKRIDA (Universitas Kristen Krida Wacana) T_T.






gambar kampus lama UKRIDA


gambar kampus baru UKRIDA

bergambar dengan anggota PBL


So sebelum mengakhiri celoteh panjang emry, emry nak bagi beberapa tips tentang belajar medic.

  • Belajar kerana minat dan bukan atas dasar paksaan orang tua
  • Bersedia untuk korbankan 'waktu muda' enjoy kome dengan belajar
  • Siapkan mental dan fizikal + duit yang banyak (terutama yang nak belajar di Indonesia) sebab kena bayar macam-macam tax untuk tinggal di Indonesia.
  • Sanggup bersengkang mata tak tidur untuk belajar
  • Your brain should be like a scanner for the pre-clinical year, but later will not suitable when you are in clinical year.
  • Fill your pockets with money to buy medical books! (Your allowance normally will never enough for this stuff!!)
  • Jadilah ulat buku....pagi, petang, siang, malam kome hadap buku jer....lastly kawan keliling akan claim kome anti-sosial (what the fuck kah3...)
Lastly emry cuma nak kongsikan pada kome tentang kalau kome dapat tawaran belajar di Indonesia, please sediakan duit yang super banyak....disebabkan elaun yang sangat 'ciput' berbanding pelajar tajaan ke negara lain. Tambahan pula, untuk dapat izin tinggal di Indonesia, bermacam-macam pajak (tax) dikenakan kepada pelajar Malaysia sebelum dapat masuk ke Indonesia secara sah dan juga kos hidup di Jakarta ini sangat tinggi dan sangat tak mencukupi elaun RM 1000 sebulan melainkan kome dapat tajaan PaMa (Papa & Mama kome lah!). Maklumat lanjut boleh rujuk sini.


Celoteh emry : Sebenarnya banyak lagi selok-belok perjalanan sebelum emry berjaya sampai di sini. Takut tak ramai yang membaca jadi emry tulis secara ringkas sahaja. bagi kome yang inginkan tips dan pandangan boleh lah tinggalkan komen di bawah ye?


LIKE?..Share pada kawan kome pun boleh..just click LIKE

4 Responses so far.

  1. as salam
    info yg sgt3 brguna utk sy..sbb sy nk ambik medic,mmg minat la tp bio dpt B..so komfem la xleh asasi sains hayat..insya'Allah klau dpt matrik akan cuba buat yg terbaek..

  2. Miss AZ says:

    wahhh.. hebat lah kamu..
    i mmg tak layak lah utk medic ni.. =_=

  3. DREM says:

    semua nya hanya nasib dan takdir =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!