Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Sehari Bersama Patient

Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)


Note emry :

1. Kome memang baik kalau sudi KOMEN entri

2. Kome sangat baek kalau sudi FOLLOW Blogberry Emry

3. Kome memang antara yang terbaik kalau sudi klik IKLAN... TAPI....

4. Kome tersangat sporting kalau sudi klik LIKE pada fanpage Blogberry Emry sbgai tanda sokongan pd emry.



Lama dah tak update blog ni sebab exam punya pasal ni pun curi-curi waktu kejap sebab nak share pengalaman emry hari ini kepada you all. Harini emry dan kawan-kawan satu batch diberikan 1 tugasan menjadi sebagai petugas kesehatan di Puskesmas Wijaya Kusuma di daerah Grogol Petamburan, Jakarta Barat. Oh mesti you all tak tau kan apa tu Puskesmas, right? Ekceli Puskesmas tu merupakan salah satu perkhidmatan klinik kerajaan Indonesia sama macam kat Malaysia la jugak kan...




Puskesmas Grogol Petamburan (antara Puskesmas yang cantik)
kalau Puskesmas lain macam pondok rumah je

Setiap student dipecahkan kepada beberapa group so, setiap group akan dihantar ke satu Puskesmas untuk menilai patient-patient yang akan datang berkunjung ke Puskesmas tersebut. Then tepat jam 8 pagi (jam 9 Malaysia) Puskesmas akan mula dibuka untuk setiap orang yang datang untuk mendapatkan rawatan. Setiap student akan diberikan 1 patient, then kitaorang kene ikut mereka pulang ke rumah & interview tentang sejarah kesehatan mereka. Emry telah diberi seorang pasien anak umur 8 bulan yang datang dibawa oleh ibunya. Anak ni bernama Khaylannysa datang dengan keluhan batuk pilek (batuk selesema). So lepas selesai ibu ni selesai urusan dengan doktor, emry kena approch ibu tu then kena minta izin ikut dia balik rumah....

As usual ritual sebelum memulakan sesuatu aktiviti,
mesti kena bergambar-gambar dulu =D


Pada mulanya ibu ni nampak macam dingin sebab macam tak melayan kata-kata emry tapi beberapa ketika lepas tu ibu ni beri kerjasama juga...cuak kot...sorang-sorang lak tu kene ikut ibu ni balik rumah then masuk rumah, nak interview lagi & kena amik gambar....segan tu jangan dipikirkan lagi la...emry pun tebalkan jela muka...hehe...kalau kat Malaysia rasanya masih belum ada seperti ni...maksud emry, medical student tahun ketiga yang ditugaskan pergi ke rumah-rumah patient untuk lihat keadaan rumah mereka.


adik Khaylannysa didukung oleh ibunya. comel kan adik tu?

Sayang sekali sebab rumah ibu ni jauh di Cengkareng, Jakarta Utara. So dia hanya bawa emry ikut balik ke rumah mak mertua dia. Ok jom kita telesuri beberapa gambar di sekitar rumah mak mertua ibu ini. Nasib baik rumah mak mertua ibu ni dekat je. So cuma jalan kaki sejauh 1 km..haha tapi berpeluh-peluh jugak la beb...


ruang tamu rumah


dapur untuk memasak



Kamar mandi (WC) yang dikongsi beramai-ramai dengan
rumah yang lain juga


Sebenarnya ada di satu rumah yang lain ada pula ibu-ibu rumah tangga beramai-ramai membasuh baju dan mencuci pinggan mangkuk beramai-ramai di depan rumah..tapi macam tak sopan lak nak ambil gambar diorang...jadi emry tak dapat nak ambil gambar ye kawan-kawan.

jalan masuk ke setiap rumah di lorong ini (mini gang)


anak-anak sedang bermain "Ferris Wheel" yang
digerakkan menggunakan tenaga manusia


kawasan persekitaran


sampah yang dilonggokkan merata-rata tempat

Bagi emry, mungkin ada dari kalangan pembaca takkan sanggup tinggal di kawasan seperti ini kan? Tapi itulah hakikat kesusahan hidup masyarakat di daerah Grogol Petamburan ini yang sanggup hidup dalam persekitaran yang kotor (lingkungan kumuh) dengan bau longkang yang mencengkam deria bau dan sampah bertaburan yang menyakitkan mata, demi meneruskan hidup .

Marilah kita sama-sama bersyukur dengan segala nikmat & kurnia yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita. Jangan mengeluh ya..terima lah semua yang kita ada ini dengan ucapan Alhamdulillah.


Click LIKE untuk share kepada kawan-kawan kome tentang entri emry kali ini......



Jika tak kesah, share kan kudrat kome untuk klik --> Blogberry Emry





2 Responses so far.

  1. i start clinical bulan 10...doakan la ok?

  2. hebat r emry amik kos cmni..mencabar tu. :)


    -pssst*mmg le org2 kita xkn nk duduk mcm ni tmptnya.kesian depa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!