Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Stesen Keretapi Tanjong Pagar Bakal Terpadam dari Sejarah


Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger :)


Note emry :

1. Kome memang baik kalau sudi KOMEN entri

2. Kome sangat baek kalau sudi FOLLOW Blogberry Emry

3. Kome memang antara yang terbaik kalau sudi klik IKLAN... TAPI....

4. Kome tersangat sporting kalau sudi klik LIKE pada fanpage Blogberry Emry sbgai tanda sokongan pd emry.



KUALA LUMPUR, 30 Jun — Tepat jam 11 malam tadi, kereta api Senandung Sutera — perkhidmatan terakhir dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura — akan melabuh tirai perjalanan yang bermula 79 tahun yang lalu.

Pengurus kanan korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, kira-kira 100 penumpang akan mengikuti perkhidmatan terakhir ini dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan menyertai perjalanan terakhir malam ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan kereta api terakhir tersebut akan dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim.

“Penumpang terdiri daripada kakitangan KTMB sendiri dan orang awam,” kata Fazil ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, kereta api harian biasa — Ekspres Senandung Malam — akan beroperasi seperti biasa pada pukul 10 malam ini dengan dinaiki 540 penumpang.

Fazil berkata KTMB terpaksa mengehadkan penumpang yang menaiki kereta api terakhir khas tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang masalah teknikal dan operasi.

Justeru, Fazil berkata, orang ramai turut dipelawa memberi lambaian terakhir kepada penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api terakhir ini.

“Saya percaya ramai yang akan hadir melihat dan memberi lambaian sebagai tanda ‘Selamat Tinggal’ kepada kereta api di stesen Tanjong Pagar yang dihentikan operasi selama-lamanya.

“Saya turut sedih tetapi menerima dengan hati terbuka. Sudah hampir 80 tahun ia menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura,” ujarnya lanjut.

Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), berkuat kuasa mulai esok.


Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP)

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura tahun lalu.

Selain itu, Fazil berkata, orang ramai yang menjadi penumpang kereta api terakhir akan diberikan sijil pengesahan KTMB.

“Sijil pengesahan diberikan kepada penumpang sebagai tanda penumpang yang menaiki kereta api terkahir di stesen Tanjong Pagar sebelum dihentikan operasinya.

“Namun, bukan hanya penumpang yang menaiki kereta api terakhir tetapi juga mereka yang menaiki kereta api harian dari stesen Tanjong Pagar sepanjang hari tersebut (hari ini),” kata Fazil.

Dalam pada itu, Fazil berkata, sudah hampir 99 peratus kelengkapan operasi telah dipindahkan ke WTCP.

“Tiket, kaunter perkhidmatan dan barang-barang KTMB di Tanjung Pagar semuanya telah dipindahkan ke Woodlands. Pegawai dan kakitangan KTMB yang berkhidmat di stesen tersebut juga dipindahkan berkhidmat di Stesen JB Sentral dan ditempatkan di lokasi yang mempunyai kekosongan,” katanya lagi.










Stesen keretapi tanjong pagar


Fazil berkata, persiapan terakhir perjalanan kereta api berjalan seperti biasa.

“Kami akan menunggu ketibaan penumpang sehingga tibanya waktu kereta api terakhir bergerak,” ulasnya.

Tambahnya, KTMB turut mengadakan pameran fotografi dan menyediakan cenderahati yang akan dijual kepada pengunjung pada hari ini.

“Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan stesen KTMB Tanjong Pagar sebagai kenangan. Cenderahati pula akan dijual sendiri oleh kakitangan KTMB dan ahli Kelab Peminat Keretapi,” katanya.

Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sejauh 14km manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjong Pagar adalah 10.25km.

Stesen Tanjong Pagar memulakan operasi pada 1932.

Celoteh Emry : Kadang-kadang kasihan juga melihat negara Malaysia ni, kalau dulu hasil kekayaan bumi habis dikaut oleh penjajah tetapi kini "tanah tinggalan nenek moyang" pula diberikan pada orang lain. Inilah hasil pemimpin-pemimpin yang telah kita pilih yang mana boleh dikatakan kurang cerdik dalam menguruskan aset negara. Apapun ini merupakan titik kedua kejayaan besar Singapura dalam mengahalau Malaysia (Melayu) dari negaranya. Ingat Pulau Batu Puteh? Jika anda ingat, Singapura juga telah berjaya merampas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) yang mana merupakan tanah milik sebenar Malaysia suatu masa dulu. Dengan bangganya Singapura mengatakan kebijakan mereka di samping tentera laut mereka ada yang terkorban untuk mempertahankan pulau berkenaan sedangkan Malaysia tidak. Mungkin ini faktor kekalahan Malaysia? (sumber)

"We win Pedra Branca not just because we smart ok, we win because we bought it with the blood of our soldiers and sailors. The ‘other party’ did not die for the island but our sailors did. Specifically, four female sailors from RSS Courageous died protecting that island and 8 others were injured for it. Can ‘the other party’ say the same? I guess not. Win-win situation? More like win the Middle Rocks which is bought with the blood of foreign soldiers."

Pedra Bianca (formerly referred to by Malaysia as Pulau Batu Puteh)

Dalam beberapa tahun lagi jangan kita semua terkejut jika Singapura meruntuhkan stesen Keretapi Tanjong Pagar sebab tanah tersebut kini
milik mereka! Singapura berani melakukan semua itu! Oleh itu marilah kita belajar dari sejarah kegagalan ini supaya ianya tidak berulang.


Click LIKE untuk share kepada kawan-kawan kome yang ada internet....



Jika tak kesah, share kan kudrat kome untuk klik --> Blogberry Emry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!