Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger
Pagi tahun baru ini seharusnya menjadi pagi yang ceria dan hening bagi semua orang ye tak? Tapi sayang sekali bila terbaca di newsfeed Facebook beberapa sahabat yang agak annoying....Ughh...cammon la...awal tahun baru nak start korang dah berdemo...takda matlamat hidup langsung! Tambah memalukan, para pendemo (mahasiswa) ni semuanya orang Melayu.....
Baru nak happy pagi ni main game Cityville, tiba-tiba terbaca pula berita & gambar 'menyayat hati'....
"Shah Alam - Lebih daripada 10 mahasiswa ditangkap polis termasuk Adam Adli & Syukri Razab dlm Himpunan di UPSI. Manakala dua org mahasiswa cedera parah dibelasah polis termasuk Pengerusi BEBAS, Safwan Anang. Beliau kini kritikal di hospital Tg Malim."
Pesan emry pada para pendemo,
Korang memang layak berdemo pada kerajaan kalau :
1) Mahasiswa first-class degree yang menjadi top 10 student in Malaysia.....(paling koman top 1000 lah) bhai....ini apa pun takda...nak berdemo....betullah orang cakap, "Tin kosong lebih kuat berbunyi dari
tin yang penuh"
2) Selama 3 or 4 tahun belajar di Universiti kerajaan (baca), korang tak makan satu sen pun dari duit rakyat (PTPTN).
3) Nekad dengan sepenuh jiwa & raga, sampai mati korang takkan bekerja/berkhidmat dengan kerajaan.
Then bila korang dah memenuhi ketentuan di atas, ya silakan berdemo.....ada aku kesah? kaaannnn...
Tapi dari korang buang waktu berdemo tak tentu hala....baik dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus....
(korang yg berdemo ni mesti geng-geng yg pergi konsert ambang 2012).
Celoteh emry : Kadang-kadang menyampah juga baca status FB beberapa sahabat yang terlalu taksub dengan perjuangan yang tidak ada hala tuju yang jelas.