Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Sama Tapi Tak Serupa?



Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger


Semalam ronda-ronda dalam Taman Google, emry terjumpalah satu logo sekolah yang mirip dengan sekolah lama emry dari entri blog Brader Mazidul. Mula-mula rasa macam kenal je logo tu....paling jelas bila emry tengok ada gambar tanah semenanjung, ditambah dengan perkataan " Ilmu Panduan Hidup" yang diubah suai kedudukannya sahaja. Lalu untuk mendapatkan kepastian lebih lanjut, emry cubalah minta pertolongan mbah Google untuk menyelidik kewujudan sekolah ini. Dan inilah hasil yang emry dapat. Ternyata SK Slim Village ini memang wujud dan terletak di daerah Batang Padang, Perak


SK Slim Village, Slim River   Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 

Laman web rasmi SK Slim Village : http://sksv0029.blogspot.com
Laman web rasmi STAR, Ipoh      : http://www.staripoh.com


Kalau STAR, ditubuhkan pada 2 Januari 1957, kalau SKSV sayang sekali kerana emry masih berlum berjaya mencari maklumat SKSV ini secara lebih terperinci. 

Menciplak idea logo milik orang lain secara umumnya mungkin bersifat plagiarisme namun mungkin dalam hal ini tidak ada yang menyedari atau mungkin sudah lama disedari tapi dibiarkan saja. Tidak seperti di negara tetangga kita yang begitu lantang lagi dalam hal klaim-mengklaim ini.

Apapun jika ternyata benar SKSV mengubahsuai logo sekolahnya dari logo sekolah STAR, ucapan tahniah emry kalungkan kepada STAR kerana berjaya menjadi sumber inspirasi kepada sekolah lain untuk sama-sama memperoleh pencapaian setaraf STAR dalam pelbagai bidang baik akademik atau kokurikulum.


3 Responses so far.

  1. BTS says:

    samalah dgn logo sekolah aku..kat ipoh...salam dari starian

  2. Rasenya Star kot yg ciplak..baca sejarah disini http://sksvaba0029.blogspot.my/p/sejarah-sekolah.html

  3. Rasenye Star ni yg Kaki ciplak kot!!..baca sejarah disini http://sksvaba0029.blogspot.my/p/sejarah-sekolah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!