Welcome to Blogberry Emry, feel free to leave comment....if you feel uneasy with any post in this blog, simply click the top right button a.k.a close. thank you

Page Views

Follow jer tak kena bayar pon

Tragedi Februari


Assalamualaikum & salam sejahtera gengblogger



Lama tak menulis memandangkan 2 bulan terakhir ini emry sibuk dengan persiapan untuk ujian OSCE. Sekarang baru ada kesempatan untuk menulis. Kali ini emry ingin membawakan kepada anda semua tentang salah satu berita yang mengisi dada akhbar hari ini, yaitu tentang tragedi 11 orang pelajar Malaysia Universiti Trisakti di Jakarta atau lebih tepat lagi di Grogol, Jakarta Barat. 

Berita terkait [klik sini]

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.45 malam setelah hujan berhenti telah menyebabkan rumah yang dihuni oleh 11 orang pelajar perempuan Malaysia (8 tajaan JPA, 3 tajaan MARA) beserta beberapa warga Indonesia  roboh (ambruk) dikala masing-masing sedang sibuk belajar OSCE. Dikatakan mereka ini nyaris dirempap oleh genting yang jatuh dari atap rumah. Tapi syukur alhamdulillah sebab tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan. Berikut beberapa gambar yang diambil oleh salah seorang mangsa.













Keadaan rumah yang runtuh 


Gambar ehsan : Nor Ubudiah Seti


Walaupun emry tinggal kira-kira 5 km dari tempat kejadian, namun dari tinjauan emry ke tempat-tempat penempatan di kawasan Grogol Tawakal sebelum ini sebahagiannya memang sudah usang ditambah dengan struktur binaan  rumah yang menggunakan bahan-bahan yang berkualiti rendah, contohnya dinding pemisah setiap bilik yang dibuat dari plywood atau ada juga yang menggunakan papan plafon (papan untuk membuat ceiling). 

Memandangkan elaun sara diri bulanan yang diberikan pihak JPA & MARA yang sejak dari 6 tahun lepas tidak pernah dinaikkan, yaitu sebanyak RM 1000 sebulan, menyebabkan para pelajar lebih cenderung menyewa di rumah kost (rumah sewa yang dibayar per bulan) yang murah walaupun tidak selesa demi berjimat-cermat.  Berbeza dengan kawasan emry di Tanjung Duren, di mana rata-rata rumah di kawasan ini sudah banyak yang diperbaiki atau dibina baru dan harganya pula sebanding dengan keselesaan rumah tersebut. 

Bagi pendapat emry secara peribadi, pihak JPA dan MARA haruslah meneliti semula kadar elaun sara diri bulanan pelajar Malaysia di Indonesia khususnya di daerah Jakarta memandangkan kos hidup di Jakarta tidak sama seperti di Bandung, Jogjakarta, maupun di Sumatera. Dengan kos hidup yang semakin meningkat saban tahun, adalah wajar jika elaun para pelajar ini dikaji semula.

Kepada Pak Menteri dan wakil-wakil rakyat, sudah-sudahlah anda semua berbalah tentang ketidaksefahaman politik. Jangan sampai sudah ada yang mati barulah anda tengadah.



P/s : Tuan Pengarah MARA Indonesia yang terkini, Tn Abdul Hadi b. Ibrahim merupakan seorang pengarah yang berdedikasi dalam tugas & sangat mesra pelajar selepas Pak Jusoh (Pengarah Mara Indonesia 4 tahun yang lalu).



One Response so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Fanpage [Sudi-sudikan LIKE]

Click! Click!